Tuesday, June 7, 2011

Perkhemahan Motivasi Remaja Dan Summer Camp MAKSAK 1-5 Jun 2011

1 MALAYSIA!!!
Huda, Young Leaders dari SMKAP yang bertugas untuk menjadi pengerusi majlis bagi ceramah motivasi dari JPJ.
Wall Climbing:D
Haiyyok!!!!Acara rempuh halangan yang mengujikekuatan mental dan fizikal.
Selepas Explorasi Kuala perlis...
Malam Kebudayaan yang meriah!!!
Antara Young Leaders yang bertugas...



credit kepada sdri Aimi Syafiqah Rahmat,Yong Leaders dari SMKAP.

Saturday, April 23, 2011

Ahmad Azzim (SMK TENGKU BUDRIAH) - Peserta terbaik Kem Gala Kokurikulum Kebangsaan di Sabah..

Ahmad Azzim menyampaikan ucapan penghulu semasa majlis perasmian penutup program dengan berpakaian uniform Jati Diri


Kontinjen Perlis di Gala Kokurikulum Kebangsaan


Ahmad Azzim menerima trofi dan sijil penghargaan sebagai peserta terbaik Gala Kokurikulum



Assalamualaikum...Ahmad Azzim (SMK TENGKU BUDRIAH) dinobatkan sebagai peserta terbaik GALA KOKURIKULUM Peringkat Kebangsaan di Pusat Kokurikulum SABAH..Tahniah buat Azzim...kamu membanggakan Perlis. Tahniah juga kepada semua yang terpilih ke GALA KOKURIKULUM KEBANGSAAN 2011

Azzim juga mendapat pujian dari jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum di atas kebolehan dan keupayaan menjadi PEMIMPIN.

Wednesday, April 20, 2011

Gala Kokurikulum Kebangsaan, Sabah dan Perlis Young Leaders



Berita yang diterima dari Gala Kokurikulum 2011 Peserta selamat tiba ke Kem Malangang Kiulu.

Paling membanggakan, Ahmad Azzim (SMK Tengku Budriah) merupakan penghulu program dengan 110 undian menyokong. Satu penghargaan dan sekalung tahniah dari pihak JABATAN PELAJARAN PERLIS atas kepercayaan yang telah diberikan. Azzim dibantu oleh penghuluwati yang merupakan peserta dari Sabah.

20hb April 2011, aktiviti berbasikal akan dimulakan pada sebelah pagi. Peserta akan memulakan perjalanan dari SMK Tamparuli dan berakhir di SK Termenong. Pada sebelah petangnya, aktiviti air (Tubing)dan Kerubung Terbang pula diselang-seli.




(berita selanjutnya akan menyusul sebaik sahaja maklumat terkini diperolehi)

Sunday, April 17, 2011

Young Leaders ke GALA KOKURIKULUM, SABAH

Lima peserta dari TOP 20 Perlis Young Leaders akan ke Pusat Kokurikulum Negeri Sabah pada minggu ini. Mereka merupakan 10 peserta yang terpilih dari Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah Negeri Perlis. Antaranya ialah : -

  • Wong Kae Jo - SMK Derma

  • Mohd Hadimustaqim - Al MAAD

  • Ahmad Azzim - SMK Tengku Budriah

  • Aimi Syafiqah - SMK A Perempuan Kangar

  • Jaymitra - SMK Padang Behor

Pelajar-peleajar ini telah didedahkan mengenai kepimpinan dilatih untuk menguruskan program-program dalam kalangan pelajar sendiri. Selain itu, mereka ini juga telah diberi pendedahan mengenai pengendalian aktiviti pendidikan luar sebagai ilmu dalam membentuk sahsiah jatiti diri yang mantap sebagai PEMIMPIN.


Pusat Kokurikulum Negeri Sabah lebih sinonim dengan nama Kem Malangang Kiulu Tuaran sabah. Melaksanakan aktiviti terancang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mengukuhkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peringkat pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai yang membawa ke arah kecemerlangan individu.

19 hingga 23 April ini, Pusatko Sabah bakal menjadi tuan rumah program GALA Kokurikulum peringkat Kebangsaan. Jurulatih-jurulatih dan para peserta dari serata PusatKo di seluruh Malaysia akan bertandang ke Kem Malangang, Kiulu. Persiapan untuk menerima tetamu-tetamu giat dilaksanakan. Ni kalilah...(bilang orang Sabah..ungkapan yang top masa kini!)

Saturday, April 16, 2011

Kumpulan Peserta Perlis Young Leaders 1st Batch 2010


Ahmad Azzim Junaidi

Ahmad Hadimustaqim Zairi


Wong Kae Jo


Siti Nur Asiah Mahmood


Aimi Syafiqah Rahmat


Muhamad Hariz Muhamad Mustaffa Amin


Wardatul Wafa' Ahmad Sobri


Al- Maalik Faizal Shaik Anwar Raja


Amira Idayu Azlan


Nur Atikah Hashim


Wan Aufa Zafirah Wan Mohd Soffie


Nurfarhana Shaari


Ahmad Hakim Rafidi


Ainin Sofia Azman

Friday, April 15, 2011

Penyerahan Blog PEMIMPIN MUDA kepada Perlis Young Leaders

Blogspot ini akan diserahkan pengendalian oleh Perlis Young Leader untuk di kemaskini penglibatan mereka.

Pengisian adalah meliputi program-program yang telah dijalankan, laporan penyertaan secara bergambar dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, blog ini akan diselia oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perlis bagi mengelakkan sebarang ketidak sesuaian isi dan fakta.