Friday, April 15, 2011

Aktiviti Pemimpin Muda

Seramai 20 orang peserta PYL yang layak telah disenaraikan pendek untuk dilatih menjadi Pemimpin Muda. Mereka akan diserap ke dalam setiap program anjuran Jabatan Pelajaran Perlis secara bergilir-gilir bagi memastikan semua mereka dapat meningkatkan gaya kepimpinan mereka.

Antara program yang telah dijalankan ialah Pendidikan Luar Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perlis, Program Taman Laut Peringkat Zon Utara, Program XPDC Sekolah Menengah Siri 1, GALA KOkurikulum Kebangsaan.

Mereka diberi tugas untuk mencalonkan diri sebagai Penghulu program, Wakil Peserta untuk ucapan semasa majlis perasmian, Pegawai Dewan dan lain-lain. Nilai yang disematkan ialah keberanian dan keyakinan berhadapan dengan kumpulan pelajar yang dari seluruh negeri dan negara.

No comments:

Post a Comment