Wednesday, April 20, 2011

Gala Kokurikulum Kebangsaan, Sabah dan Perlis Young Leaders



Berita yang diterima dari Gala Kokurikulum 2011 Peserta selamat tiba ke Kem Malangang Kiulu.

Paling membanggakan, Ahmad Azzim (SMK Tengku Budriah) merupakan penghulu program dengan 110 undian menyokong. Satu penghargaan dan sekalung tahniah dari pihak JABATAN PELAJARAN PERLIS atas kepercayaan yang telah diberikan. Azzim dibantu oleh penghuluwati yang merupakan peserta dari Sabah.

20hb April 2011, aktiviti berbasikal akan dimulakan pada sebelah pagi. Peserta akan memulakan perjalanan dari SMK Tamparuli dan berakhir di SK Termenong. Pada sebelah petangnya, aktiviti air (Tubing)dan Kerubung Terbang pula diselang-seli.




(berita selanjutnya akan menyusul sebaik sahaja maklumat terkini diperolehi)

No comments:

Post a Comment