Friday, April 15, 2011

Projek Pemimpin Muda Anak Perlis 2010

Program Patriotik Pemimpin Muda Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perlis 2010
Tarikh : 24 hingga 27 Oktober 2010Tempat : Pusat Kokurikulum JPN Perlis - Kem Tasoh

Pada masa kini didapati bahawa pendidikan formal wajib bagi pelajar di Malaysia selama 11 tahun (6 tahun di Sekolah Rendah dan 5 tahun di Sekolah Menengah ) gagal memupuk dan menyemai semangat patriotik di kalangan pelajar. Disamping itu juga penerapan ciri-ciri kepimpinan seolah-olah terabai oleh tekanan untuk pencapaian akademik semata-mata. Pendidikan Luar merupakan pelangsungan kepada aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Dalam banyak pendekatan pembelajaran kebanyakannya menekankan tentang aspek teori tanpa memberikan ruang dan peluang untuk murid sekolah menengah meneroka kebolehan dan ketahanan diri ke tahap maksima. Aktiviti Pendidikan Luar yang dirancang secara sistematik akan dapat mencungkil ciri-ciri kepimpinan,patriotisme, semangat toleransi, kerjasama dalam kumpulan serta membentuk dan menguji ke tahap optima ketahanan diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Adalah diharapkan bahawa semasa dan selepas program perkhemahan ini para peserta akan dapat:-

i) memperolehi kemahiran dalam aktiviti pendidikan luar.
ii) memperoleh kemahiran sebagai seorang pemimpin.

Program seperti ini adalah amat penting untuk menjana minat dan ketrampilan diri peserta dalam kepimpinan dan patriotisme yang terdiri dari pelajar sekolah menengah

Pengahayatan kepada alam sekitar dan aktiviti pendidikan luar yang berkaitan dengannya adalah merupakan sesuatu pendedahan yang amat penting kepada generasi muda demi mewujudkan modal insan yang seimbang (holistic).

Pendedahan kepada aktiviti berunsurkan Pendidikan Luar adalah amat penting (vital) diberikan kepada tahap awal persekolahan. Ini adalah kerana kesedaran terhadap potensi dan perkembangan diri akan dapat membentuk pemimpin yang cemerlang apabila mereka dewasa kelak

No comments:

Post a Comment