Sunday, April 17, 2011

Young Leaders ke GALA KOKURIKULUM, SABAH

Lima peserta dari TOP 20 Perlis Young Leaders akan ke Pusat Kokurikulum Negeri Sabah pada minggu ini. Mereka merupakan 10 peserta yang terpilih dari Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah Negeri Perlis. Antaranya ialah : -

  • Wong Kae Jo - SMK Derma

  • Mohd Hadimustaqim - Al MAAD

  • Ahmad Azzim - SMK Tengku Budriah

  • Aimi Syafiqah - SMK A Perempuan Kangar

  • Jaymitra - SMK Padang Behor

Pelajar-peleajar ini telah didedahkan mengenai kepimpinan dilatih untuk menguruskan program-program dalam kalangan pelajar sendiri. Selain itu, mereka ini juga telah diberi pendedahan mengenai pengendalian aktiviti pendidikan luar sebagai ilmu dalam membentuk sahsiah jatiti diri yang mantap sebagai PEMIMPIN.


Pusat Kokurikulum Negeri Sabah lebih sinonim dengan nama Kem Malangang Kiulu Tuaran sabah. Melaksanakan aktiviti terancang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mengukuhkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman pembelajaran melalui kegiatan sebenar di samping mengutamakan konsep peringkat pengetahuan, kemahiran, disiplin, keyakinan diri dan pengukuhan nilai-nilai yang membawa ke arah kecemerlangan individu.

19 hingga 23 April ini, Pusatko Sabah bakal menjadi tuan rumah program GALA Kokurikulum peringkat Kebangsaan. Jurulatih-jurulatih dan para peserta dari serata PusatKo di seluruh Malaysia akan bertandang ke Kem Malangang, Kiulu. Persiapan untuk menerima tetamu-tetamu giat dilaksanakan. Ni kalilah...(bilang orang Sabah..ungkapan yang top masa kini!)

No comments:

Post a Comment